Showing posts with label Kitab. Show all posts
Showing posts with label Kitab. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Mengapa Rasulullah SAW Tidak Pernah Sakit ?

http://belibukuonline.com.my/wp-content/uploads/2011/04/mengapa-rasulullah-tidak-pernah-sakit.jpg

Tajuk : Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
Penulis : Dr. Adi Hashman
Mukasurat : 240

Penerangan
Membongkar rahsia dan formula kesihatan Rasulullah yang halal, mudah, luar biasa dan holistik.
Tentu anda ingin tahu
* Formula penjagaan kesihatan fizikal, mental dan emosi yang diajarkan oleh Rasulullah
* Teknik menjaga kebersihan yang terbaik serta dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh
* Tip-tip sihat yang mudah dan murah mengikut sunah Rasulullah
* Kriteria makanan sihat serta bermanfaat mengikut Quran dan sunah Rasulullah
* Kesan berpuasa pada kesihatan tubuh manusia
* Rahsia kesihatan di sebalik gerakan dalam solat

“Kesihatan adalah nikmat yang tersembunyi, bagaikan mahkota di atas kepala orang yang sihat dan hanya dapat dilihat oleh orang yang sakit”

Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit membincangkan perihal rahsia gaya hidup sihat Islami yang diamalkan oleh Rasulullah sepanjang kehidupan. Buku ini juga membicarakan secara terperinci, komponen pemeliharaan dan pemuliharaan kesihatan tubuh badan melalui pemakanan yang sihat, penjagaan rohani yang berkesan dan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam melalui Quran dan hadis Rasulullah. Setiap individu mampu mempraktikkan panduan dan kaedah ini dengan mudah.

Adakah anda mahu kekal sihat dan bertenaga sepanjang kehidupan?

Sunday, May 1, 2011

Jauhilah Para Musuhmu

Jauhilah Para Musuhmu (Cabaran & Persoalan Umat Islam )
Penulis ; Dr. ‘Aid Abdullah Al-Qarni.
Terbitan :Jasmin Enterprise
Harga : RM 15.00

Pembuka kata buku ini amat menarik hati saya yang berbunyi ;
Sekiranya kamu bersahabat dengan orang soleh sebenarnya akan menguntungkan dirimu. Ini kerana dia akan sentiasa menjagamu, baik ketika kamu sedang berada dekat dengannya, mahupun ketika kamu sedang jauh darinya.

Isi buku ini dibahagikan kepada 2 tajuk iaitu ;
A. Orang orang Munafik Di Dalam Al-Quran
B. Kepelbagaian Penyakit Nifak
Hurai kepelbagaian Penyakit Nifak amat menarik kerana ia dipecahkan kebeberapa tajuk kecil tetapi ada keseninambungan.

Sinopsis :
Apabila anda melihat sesaorang yang bermalas malasan dalam melaksanakan solat, malas berada di saf depan, atau malas berzikir, berdakwah, menuntut ilmu, menghadiri majlis majlis kabaikan, bererti di dalam dirinya terdapat waswasatus syaitan (bisikan syaitan). Ini kerana sememangnya itu misi syaitan yang ingin bersemayam dalam hati setiap orang, maka berwaspadalah!

Ini bukan bererti bahawa orang yang melaksanakan solat terhindar dari nifak. Orang orang munafik dulu juga melaksanakan solat bersama Rasulullah s.a.w., namun mereka malakukannya dengan sikap bermalas malasan. Mereka tidak melakukannya dengan kekuatan dan semangat. Padahal ALLAH s.w.t. berfirman yang bermaksud : “Wahai Yahya, ambillah kitab ini dengan penuh kekuatan.” (maryam:12)

Sedangkan orang orang munafik, mereka seakan akan mengikat kaki kaki mereka dengan rantai ketika pergi ke mesjid. Sehingga anda dapat melihat mereka selalu berada dalam saf terakhir atau berada di tepi masjid. Dengan demikian dia tidak akan memahami bacaan imam yang sedang solat, dan tidak merenungi bacaan bacaannya.

~alam7~

Imam Ja’far Al-Sadiq: Pemikirannya Tentang Konsep Ketuhanan

Imam Ja’far Al-Sadiq: Pemikirannya Tentang Konsep Ketuhanan
Author : Ahmad Zuhadi Ismail
Publisher : Penerbit UM
Deskripsi Buku:

Buku ini membincangkan beberapa konsep yang berkait rapat dengan persoalan ketuhanan seperti makrifat, sifat dan zat seta af’al ALLAH berdasarkan pemikiran Imam Ja’far al-Sadiq yang selaras dengan keterangan al-Quran dan al-Sunnah.

Persoalan sifat dan zat turut diberikan penekanan dalam pengertian yang sistematik dan rasional serta mudah difahami. Imam Ja’far mengajak manusia menyelami hakikat al-Quran berhubung dengan makrifat ALLAH untuk meningkatkan kualiti keimanan. Ini kerana makrifat ALLAH adalah asas daripada seluruh ajaran Islam. Persoalan yang berkait rapat dengan af’al ALLAH turut dibincangkan. Matlamat akhir kehidupan mausia seperti persoalan petunjuk dan penyesatan juga turut diulas.

Memandangkan konsep ketuhanan ialah konsep yang penting dalam Islam, penulis turut memuatkan pendapat pakar daripada beberapa aliran pemikiran Islam bagi menerangkan dan membandingkannya. Tujuannya adalah untuk melihat persamaan dan perbezaan mengenai konsep ketuhanan. Buku yang ditulis secara ilmiah ini dapat menjelaskan betapa pentingnya kefahaman yang menyeluruh terhadap konsep ketuhanan untuk mengelakkan masyarakat membuat tafsiran sendiri terhadap hakikat ALLAH yang akan membawa fahaman al-Mujassimah dan al-Musyabbihah.

~Alam7~

Berguru kepada ALLAH

Tajuk : Berguru kepada ALLAH
Menghidupkan Kecerdasan Emosional dan Spiritual
Penulis : Abu Sangkan
Editor : Mardianto & Yusdeka
Penerbit : Yayasan Shalat Khusyu

Apakah ada shalat khusyu’ itu ?
Mungkinkah orang awam seperti kita bisa melakukannya ?
Benarkah ibadah itu nikmat dan dapat menenangkan jiwa ?
Bagaimana ALLAH menjawab setiap doa ?
Bagaimana cara membedakan ilham dari ALLAH dan ilham dari syetan ?
Mengapa berbuat jahat lebih mudah, sedangkan berbuat baik memerlukan upaya yang luar biasa beratnya? Mungkinkah berbuat baik akan sangat mudah, sebagaimana mengalirnya rasa jahat pada jiwa kita?

Adakah cara mudah untuk mencapai ma’rifat kepada ALLAH ?
Apakah hakikat diri, dan mengapa harus kembali kepada ALLAH ? Dll ….

Kita semua sudah mendengar dan memperoleh jawaban untuk hal-hal tersebut. Tetapi karena jawaban tersebut tidak diberikan dengan bukti dan hanya disampaikan dengan istilah katanya dan katanya ….. maka sampai detik ini semua pertanyaan tersebut terabaikan dan akibatnya kita memaklumkan ketidak-khusyuan, dan tidak dikabulkannya doa merupakan hal yang tidak penting. Pertanyaan-pertanyaan tersebut di atas mungkin sebagian dari kita sulit untuk mempercayai kalau hal itu bisa terjadi dan dirasakan oleh kita secara langsung!!!

Mudah-mudahan melalui tuntunan ini kita sampai kepada jawaban dan keadaan iman yang sebenarnya berlandaskan Al Qur’an dan As sunnah. Metode yang disajikan sangat sederhana dan mudah difahami serta bisa dipraktekkan di rumah masing-masing, secara langsung dan tanpa perantara.

~alam7~

Wasiat-Wasiat Sufistik Hasan Al-Bashri r.a

Tajuk: Wasiat-Wasiat Sufistik Hasan Al-Bashri r.a
Keluaran : Pustaka Hidayah
Penghimpun : Shalih Ahmad Asy-Syami
(Boleh diperolehi di Pustaka Indonesia)

Deskripsi Kitab:
Setiap hari kita mendengar atau membaca kata: mungkin satu kata, puluhan kata, ratusan kata, ribuan kata atau bahkan jutaan kata, dalam berbagai rangkaian. Akan tetapi, berapa katakah yang mampu mengubah kita untuk berakhlak mulia?

Manakala kita mendengar ucapan atau nasihat dan akhlak kita tetap juga tidak berubah menjadi baik, apakah hal itu disebabkan oleh kata-kata yang tidak baik, orang yang menyampaikannya tidak baik,
ataukah diri kita yang terlalu bebal sehingga tidak sanggup mengamalkan nasihat itu? Nasihat-nasihat “sufistik” dalam buku ini berasal dari hati dan sumba yang kuat, dari seorang sufi per excellence. Hasan Al-Bashri r.a, yang disebut-sebut sebagai seorang yang ucapannya paling mirip dengan sabda Nabi.

Baginya, nasihat adalah paduan dan kristalisasi dari pengalaman dan iman. Walhasil, nasihat nasihatnya bukan sekadar kata-kata kosong belaka, melainkan kata-kata yang sudah mengalami pemenuhan diri dalam tindakan nyata.

~alam7~

Risalah Kesufian Syekh Ahmad Al-‘Alawi



Tajuk: Risalah Kesufian Syekh Ahmad Al-‘Alawi
Keluaran : Pustaka Aman Press (PAP)
Terjemahan: Abdul Majid Haji Khatib
Harga: RM3
*Boleh diperolehi di PAP

Tajuk-2.
1. Berkenaan hakikat dua kalimah syahadah
2. Berkenaan rahasia noktah dan huruf
3. Berkenaan fana
4. Berkenaan Makrifat
5. Berkenaan air (dari segi kesufian)
6. Berkenaan hadath (dari sudut kesufian)
7. Berkenaan hadath kecil dan hadath besar (dari sudut kesufian)
8. Berkenaan dengan Fatihah (dari segi kesufian)
9. Berkenaan dengan sembahyang
10. Berkenaan memandikan orang mati
11. Kata-2 Syekh Ahmad Al-‘Alawi
12. Sajak-2 karangan Syekh Ahmad Al-‘Alawi

~alam7~

Saturday, April 30, 2011

SATA’AT (Cahaya Yang Terang Benderang)



Tajuk: SATA’AT (Cahaya Yang Terang Benderang)
Keluaran : Pustaka Aman Press (PAP)
Oleh: Syah Waliyullah
Terjemahan: Abdul Majid Haji Khatib
Harga: RM2.50
*Masih boleh diperolehi di PAP

Faqir Waliyullah berkata bahawa ini adalah beberapa perkataan yang dinamakan sata’at (Cahaya) iaitu satu penerangan berkenaan rahasia KeTuhanan yang mana adalah berhubungan antara Zat Mutlak dengan alam Nyata dan sedikit daripada sifat-sifat dan kesan-kesan.Kepada ALLAH saya memohon pertolongan dan kepadaNya juga saya bertawakal.

Dalam kitab kecil ini yang setebal 112 mukasurat di huraikan 46 Penerangan kesemuanya.

~alam7~

Friday, April 15, 2011

Pengantar Ilmu Tarekat Dan Tasawuf



Tajuk: Pengantar ilmu Tarekat Dan Tasawuf
Keluaran : Pustaka Aman Press (PAP)
Oleh: Prof. Dr. Hj. Aboebakar Atjeh
Harga: RM15.90
Cetakan Kelima: 2007

Sinopsis
Di manakah letaknya sumber kekuatan Islam? Adakah kekuatan Islam terletak dalam kitab-2 yang tidak terbilang banyaknya, di masjid-2 yg dipenuhi pengunjung, di sekolah-2 yg membicarakan masalah secara ilmiah, atau dalam ibadat yang menjadi latihan batin umatnya sehari-hari
Orang barat mulai mencari sumber ini dan sebahagiannya berpendapat bahawa kekuatan islam terletak di dalam lubuk yang dalam dan terpilih dengan urat nadinya, iaitu Tasawuf dan ajaran Sufi dalam pelbagai bentuk dan corak.

Al-Quran dan As-Sunnah memang menjadi sumber pokok dan penjelasan yang penting. Bagaimanapun Tasawuf merupakan urat nadi daripada perlakuan ajaran-2 tersebut. Hal demikianlah yang membangkitkan masyarakat Islam sebagai pahlawan-2 Tuhan di muka bumi sesudah kehancuran Baghdad oleh tapak kaki Kuda Hulagun.
Dalam kitab ini yang setebal 440 mukasurat di huraikan 13 bab kesemuanya:
1. Sufi dan Tasawuf
2. Ilmu lahir dan ilmu batin
3. Tarekat
4. Persoalan Dalam Tarekat
5. Urusan Suluk Dalam Tarekat
6. Suluk dan Riyadhah
7. Perbaikan Jiwa dan Budi
8. Adab Sufi dalam kehidupan sehari-hari
9. Doa dan Wirid
10. Macam-2 Tarekat dan tokohnya
11. Dari syariat ke Hakikat
12. Dari Hakikat ke Makrifat
13. Tambahan

Perawan Suci Dari Basrah



Tajuk: Perawan Suci Dari Basrah
Oleh: AJ Siraaj & A.H. Mahmud
Keluaran: Fajar Pustaka

Sinopsis
Kebahagianku, ada dalam khalwatku.
Kekasihku selamanya berada di hadapanku.
Takkan kudapatkan untukku pengganti cinta-Nya.
Cinta-Nya di dunia adalah cobaanku.
Di mana saja aku berada, aku selalu menyaksikan keindahan-Nya.
Dialah mihrabku dan hanya kepada-Nya kiblatku.

Wahai kesenanganku,
Wahai segala harapanku,
Berilah kemurahan agar bisa bertemu dengan-Mu.
Yang akan menyembuhkan dahaga jiwaku.
Aku takkan mempedulikan makhluk seluruhnya.
Aku hanya mengharap pertemuan dengan-Mu.
Itulah puncak segala tujuanku.

Senandung syair di atas melukiskan perasaan murni Rabiah Adawiyah
yang tidak memperdulikan apapun selain kekasihnya, iaitu ALLAH swt.
Ia tidak memikirkan sesuatu di dunia selain hanya mengharapkan keridhaan-Nya.
Rabiah Adawiyah juga tidak disibukkan oleh urusan keluarga atau pasangan hidup serta harta yang melimpah.

Bahkan, ketika hendak dilamar oleh seorang Syeikh sufi besar yang terhormat bernama
Abdul Walid bin Zaid, ia malah mencercanya dengan pertanyaan, “Wahai ahli syahwat,
carilah ahli syahwat wanita yang sama denganmu.
Sesuatu apakah yang menimbulkan syahwatmu pada diriku?”.
Kitab yang setebal 320 mukasurat ini dibahagikan kepada 28 bab kesemuanya.

Saturday, April 2, 2011

Kitab Hakikat Insan

Preview Kitab Hakikat Insan

Sedutan dari kitab hakikat insan mad laksamana mukasurat 304-324.
Lantaran untuk memakrifatkan diri Allah s.w.t maka Allah pula telah menyatakan dalam firmanNya:
[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan
[4]“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


*Sesungguhnya para ulama Tasauf telah bersepakat menyatakan bahawa Ayat-Ayat Surah Al-Ikhlas diatas adalah ayat-ayat makrifat yang meliputi pada membincangkan proses Tajali diri Allah s.w.t pada peringkat akidah sampailah ke alam Ihsan. Hal ini telahpun kita bincangkan di dalam bab yang lalu.

Soalnya , di dalam empat rangkap ayat makrifat yang terkandung di dalam surah Al-Ikhlas itu, kenapa Allah s.w.t telah menekankan dengan seriusnya, Firmannya:
“-Tidak beranak dan tidak di peranakkan.”
Di dalam hal ini sudah tentu ianya menpunyai sesuatu hikmat rahsia yang harus di terokai oleh manusia yang hendak memakrifatkan dirinya dengan Allah.
Bila kita memperkatakan soal beranak dan diperanakkan, maka dengan segera kita dapat memahami bahawa ianya tidak mungkin akan membincangkan soal bulan, soal bintang, soal berniaga, soal baju dan sebagainya tetapi dengan secara automatik akan membincangkan soal kemaluan perempuan (burit) dan kemaluan lelaki (pelir) dan kenapa pula soal burit (faraj) dan soal pelir (zakar) diperbincangkan dalam pengajian Makrifat dengan Allah, adalah disebabkan kerana Faraj dan Zakar mempunyai ciri-ciri makrifat imu makrifat tinggi.
Sesungguhnya tugas zakar adalah memakrifatkan dirinya dengan faraj dan tugas faraj pula memakrifatkan dirinya dengan zakar dan perlu ditegaskan di sini tujuan pertama zakar harus memakrifatkan dirinya dengan faraj adalah bertujuan untuk menyampaikan rahsia hakikat diri manusia yang terkandung di dalam mani kepada faraj dan manakala tugas faraj pula harus menerima rahsia hakikat diri manusia untuk ditanggung oleh rahim yang berakhir dengan terbentuknya diri seseorang manusia itu, maka sebab itulah faraj harus memakrifatkan dirinya dengan Zakar. Begitulah dengan manusia, di mana seseorang manusia itu terpaksa memakrifatkan dirinya dengan Allah s.w.t. bagi tujuan untuk menyerahkan amanah diri rahsia Allah Tuhan semesta alam.
Di dalam membincangkan soal makrifatkannya zakar dengan faraj dan makrifatkan dengan zakar banyak perkara-perkara anih yang harus digali oleh kita.Beberapa soalan terikat harus dijawab dan dikaji oleh kita bersama di samping kita buat perbandingan dengan diri kita di dalam konteks makrifat dengan Allah s-w.t
(1). Bagaimana zakar boleh tahu bila saja diperkatakan soal faraj. Lantas iapun bangkit segar (keras) semacam mencari faraj yang diperkatakan oleh kita tadi. Dan begitu juga halnya dengan faraj.
(2). Bagaimana pula zakar dapat mendengar apabila disebut nama faraj iapun bangun (keras) jadi tentu zakar mendengar. Ianya mengguna teliriga mana?
(3). Bagaimana pula zakar dapat melihat, sedangkan ianya tidak mempunyai mata. Ianya dapat melihat Faraj walaupun diselubungi dan dilindungi, maka begitu pula dengan faraj.
(4). Bagaimana dan siapakah yang mengajar Zakar dan Faraj mengenali di antara satu dengan lain dan kenapa pula seseorang yang hendak melangsungkan perkahwinan tidak sekali-kali di ajar tentang cara-cara mengadakan hubungan sex dan kenapa setiap ibu bapa yang mengahwini anaknya menyakini anak-anak mereka sudahpun pandai tentang sex. Dari mana dan siapa yang mengajar anak itu tentang sex?
(5). Apakah ilmu yang dipakai oleh zakar dan faraj di mana ianya dapat mengetahui makrifatkan tanpa belajar dan di ajar.
(6). Dan banyak lagi soalan yang harus disoal oleh kita, untuk kita mengambilnya sebagai iktibar yang balk dalam arah tujuan kita mengenali Allah s.w.t.
(7). Sesungguhnya zakar dan faraj benar-benar makrifat di antara satu dengan lain sehingga disebut saja nama salah satu di antara mereka lantas masing-masing menunjukkan satu reaksi sepontan yang tak payah di arah di suruh-suruh oleh sesiapa dengan bahasa yang kasar, zakar memang mengenali benar faraj tetapi bagi zakar jika disebut nama lain nescaya ianya tidak akan menunjukkan sebarang reaksi, kenapa dan mengapa? Jika bagi zakar matlamat makrifatnya dengan faraj dan manusia pula menpunyai matlamat makrifat dengan diri Allah, maka knapa pula kita bila saja di sebut nama Allah walaupun beberapa kali, tubuh kita, jiwa kita, hati kita tidak menunjukkan sebarang reaksi spontan tidak seperti zakar terhadap faraj.






























Template by:
Free Blog Templates