Friday, April 15, 2011

Pengantar Ilmu Tarekat Dan Tasawuf



Tajuk: Pengantar ilmu Tarekat Dan Tasawuf
Keluaran : Pustaka Aman Press (PAP)
Oleh: Prof. Dr. Hj. Aboebakar Atjeh
Harga: RM15.90
Cetakan Kelima: 2007

Sinopsis
Di manakah letaknya sumber kekuatan Islam? Adakah kekuatan Islam terletak dalam kitab-2 yang tidak terbilang banyaknya, di masjid-2 yg dipenuhi pengunjung, di sekolah-2 yg membicarakan masalah secara ilmiah, atau dalam ibadat yang menjadi latihan batin umatnya sehari-hari
Orang barat mulai mencari sumber ini dan sebahagiannya berpendapat bahawa kekuatan islam terletak di dalam lubuk yang dalam dan terpilih dengan urat nadinya, iaitu Tasawuf dan ajaran Sufi dalam pelbagai bentuk dan corak.

Al-Quran dan As-Sunnah memang menjadi sumber pokok dan penjelasan yang penting. Bagaimanapun Tasawuf merupakan urat nadi daripada perlakuan ajaran-2 tersebut. Hal demikianlah yang membangkitkan masyarakat Islam sebagai pahlawan-2 Tuhan di muka bumi sesudah kehancuran Baghdad oleh tapak kaki Kuda Hulagun.
Dalam kitab ini yang setebal 440 mukasurat di huraikan 13 bab kesemuanya:
1. Sufi dan Tasawuf
2. Ilmu lahir dan ilmu batin
3. Tarekat
4. Persoalan Dalam Tarekat
5. Urusan Suluk Dalam Tarekat
6. Suluk dan Riyadhah
7. Perbaikan Jiwa dan Budi
8. Adab Sufi dalam kehidupan sehari-hari
9. Doa dan Wirid
10. Macam-2 Tarekat dan tokohnya
11. Dari syariat ke Hakikat
12. Dari Hakikat ke Makrifat
13. Tambahan

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates