Sunday, July 31, 2011

Kelebihan 1

Diriwayatkan daripada Hazrat Jabir R.A katanya Rasulullah S.A.W bersabda, "Perumpamaan solah lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebatang sungai yang dalam yang mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari." (Hadith riwayat Imam Muslim)

Keterangan

Air yang mengalir adalah suci daripada kekotoran. Lebih dalam air itu maka lebih jernih dan lebih bersih air tersebut. Oleh itu, dalam hadith diatas disebutkan keadaan air sungai yang mengalir dan kedalaman sungai itu. Jika air yang digunakan untuk mandi itu bersih maka badannya akan menjadi bersih. Demikianlah juga solah yang ditunaikan dengan memelihara adab maka solah itu akan membersihkan dosa. Perkara yang terkandung dalam banyak kedua-dua hadith diatas juga terkandung dalam banyak hadith yang diriwayatkan oleh sahabat yang berlainan dengan lafaz-lafazyang berbeza.

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Sa'id Al-Khudri R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Solah lima waktu ialah kafarah (Penghapus Dosa) diantara dua waktu solah." Yakni dengan berkat solah, semua dosa-dosa kecil yang dilakukan di antara satu solah dengan satu solah yang lain akan terampun. Kemudian Baginda S.A.W bersabda yang mafhumnya, umpama seseorang yang bekerja di dalam sebuah kilang miliknya. Oleh itu terlekatlah debu dan kekotoran pada badanya.Diantara kilang dan rumahnya terdapatlima batang sungai. Apabila dia balik kerumah dari kilangnya, dia akan mandi di setiap batang sungai itu. Begitulah keadaanya dengan solah lima waktu, apabila berlaku kesalahan dan kesilapan diantara dua waktu solah makan melalui doa dan istighfar yang dipohon semasa bersolah, Allah S.W.T akan mengampuni keseluruhan dosa tersebut.

Tujuan Nabi S.A.W memberi perumpamaan seperti ini ialah untuk memberi kefahaman tentang satu perkara iaitu Allah S.W.T meletakkan kekuatan pada solah untuk menghapuskan dosa. Oleh sebab dengan perumpamaan sesuatu perkara boleh difahami dengan lebih jelas maka Baginda S.A.W telah menjelaskan perkara ini melalui berbagai-bagai perumpamaan. Sekiranya kita tidak mengambil manfaat daripada rahmat Allah S.W.T, kasih sayangNya, kemurahanNya, keluasan keampunanNya dan limpah kurniaNya maka tiada sesiapa yang rugi melainkan diri kita sendiri. Sepatutnya kita dihukum dan menerima akibat yang buruk daripada Tuhan Yang Maha Berkuasa, Raja Yang Maha Adil kerana melanggari perintah-perintaNya, melakukan dosa, menyimpang daripada perintahNya dan cuai dalam melaksanakan perintahNya. Namun betapa agungnya kemurahan Allah S.W.T yang masih menunjukkan jalan untuk kita mendapat keampunanNya. Jika kita masih tidak mengambil manafaat daripada peluang ini, maka itu adalah diatas kejahilan kita. Allah S.W.T melalui rahmatNya dan kasih sayangNya sentiasa memberi peluang untuk menganugerahkan pemberianNya. Dalam sebuah hadith disebutkan bahawa seseorang yang tidur dengan niat untuk bangun mengerjakan solah tahajud tetapi tidak terjaga maka dia mendapat pahala solah tahajud dengan percuma walaupun pada ketika itu dia dalam keadaan tidur (At-Targhib). Betapa malangnya dan ruginya kita jika tidak merebut pemberian dan kurnian daripada zat Allah S.W.T yang begitu luas kurnianya.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates