Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Uthman R.A katanya, "Saya bersama Hazrat Salman R.A dibawah sepohon pokok. Beliau memegang sebatang dahan kering dari pokok tersebut, lalu menggoncang-goncangkan dahan tersebut sehingga daun-daun pada dahan itu gugur.
Kemudian beliau berkata kepada saya, "Wahai Abu Uthman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya berbuat begini?"
Saya bertanya, "Beritahulah mengapa kamu berbuat begitu?"
Beliau menjawab, "Beginilah yang dilakukan oleh Rasululullah S.A.W di hadapan saya semasa saya bersama-sama Rasululullah S.A.W dibawah sepohon pokok. Baginda S.A.W telah mengambil sebatang dahan kering dari sepohon pokok lalu melakukan sebegini sehingga semua daun gugur.
Kemudian Baginda S.A.W bertanya kepada saya, "Salman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya buat begini?"
Sahutku, "Beritahulah mengapa tuan berbuat begitu?"
Baginda S.A.W bersabda, "Sesungguhnya apabila seorang Islam mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian dia menunaikan solah lima waktu maka gugurlah dosa-dosanya seperti gugurnya daun-daun ini." Kemudian Baginda S.A.W membaca ayat yang berikut yang ertinya :
'Dan dirikanlah solah pada dua bagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika-ketika yang berhampiran dengannya daripada waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebaikan itu (terutamanya solah) itu akan menghapuskan dosa. Perintah-perintah Allah S.W.T yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang ingin mendapat peringatan' (Surah Hud, Ayat 114)
(Hadith riwayat Iman Ahmad, Nisai dan Tabarani)

0 comments:
Post a Comment